Posts | Comments | Email

Baju Dalam

baju

Baru-baru ni kawan skolah aku jemput pegi umah dia, makan mee bakso. 1st time makan tu, sedap gak. Pastu sambil makan, macam yang telah aku agak, dia bukak plan bisnes dia. kebetulan time tu ada skali Cikgu Zul, Upline dia. Bisnes ni semua dah tau, banyak kluar paper ngan tv. BIO-AURA! Mantap namanye, semantap produknye jugak.

Lepas dia bukak marketing plan, aku dapati sangat menarik. Betul2 teruja cara diorang promote tu. Tapi, bila tengok modal tu, gile babeng terkeluar bijik mata. Nak kluar modal RM20,800 untuk buat bisnes ni. Perghhhh!! Takut aku nak join. Even diorang dah terang marketing plan cemana nk dapatkan modal, cemana nk bayar balik ngan mudah, aku still takut nk tanggung risiko.

Aku ni, bila aku join MLM, sebab utamanya ialah aku berminat dengan produk. Pelik kan? Orang lain semua nk cari duit, aku nk cari produk. Cari duit jatuh no 2. Contohnya, aku join USANA sebab nk dapatkan supplement untuk abah aku.

Untuk Bio-Aura ni, antara produk yang menarik minat aku ialah Pakaian Dalam Beautiful yang boley memantapkan body, menurunkan berat badan, memberi bentuk pada tubuh dan banyak lagi. Haa, sebab tu tajuk kali ni ‘Baju Dalam’.. Saje nak mengundang kontroversi… Memang la aku tak bley pakai, tapi aku rasa cam bagus untuk aku perkenalkan kat member2, sedara mara… Nih aku paste post yang aku jumpa berkaitan baju dalam ni.

  1. “Cup” ini membentuk piramid di mana ia dapat menampung payudara agar tidak jatuh, puting dalam kedudukan yang betul (untuk mengelak daripada berlakunya kanser payudara serta mengembalikan pigmen puting segar dan cerah)
  2. Menghalang lelemak mengalir ke bahagian belakang
  3. Mneguatkan rahim, mengemaskan bahagian perut serta menghilangkan kesan rekahan pada kulit (Strecmark) terutamanya bagi ibu-ibu selepas bersalin
  4. Bahagian ini tidak menekan ovari. Ini memberikan kesan hormon yang seimbang ‘estrogen’ dan ‘progestron’
  5. Mengelakkan daripada masalah gastrik dan ulser
  6. Lace ‘cup’ mempunyai keanjalan supaya dapat mengelakkan payudara daripada melimpah keluar
  7. Memecah lelemak pada bahagian atas perut
  8. Lubang angin mengawal keputihan, pengaliran darah dan udara untuk menghilangkan kesan bau pada wanita
  9. Kedudukan bentuk tali tidak mudah jatuh
  10. Lapisan tenunan bahagian belakang terbagi kepada dua lapisan yang mengawal lelemak yang telah kehadapan supaya tidak kebelakang semula
  11. ‘Love shape’ nipis untuk membentuk pinggul yang menarik dan mengukuhkan kedudukan pinggul
  12. Bahagian ini dapat menampung dengan kuat supaya tidak jatuh dan mengelakkan lelemak dari jatuh ke bawah
  13. Tetulang-tetulang ini berfungsi untuk mengatasi masalah tulang belakang seperti bongkok, “Slip-Disc”, sakit pinggang dan pengaliran darah. Suntikan ‘Far Infrared Rays’ (FIR) paling banyak dalam tetulang bengkung tersebut. Khas untuk ibu-ibu selepas bersalin (dalam pantang untuk mengelakkan serta menghilangkan rekahan pada kulit perut, ia juga merampingkan pinggang dengan cepat dan berkesan)
  14. Tali ini berfungsi untuk memudahkan kemasan & merampingkan pinggang. Cara menggunkannya, tarik nafas sebelum menarik tali tersebut

Pasal filter plak, dari testimoni yang aku tengok, memang bagus, ada ciri2 air zam-zam, diorang cakap la.. Punya la teruja aku dengan produk dan marketing plan diorang, tapi level teruja aku akan jatuh balik bila teringat modal yang gile pnye mahal tu..

Sampai skarang aku still lagi fikir wajarkah aku buat bisnes ni? Kalau aku buat, boleh ke aku berjaya? Arghhhh, malas fikir, nk tdo. Sae2 yang baca post ni, tolong la bagi pendapat, mudah sket aku nk buat keputusan..

Share this Post[?]
        

Comments (2)

 

  1. beba says:

    um..saya pon ade pakai beautiful ni..sampai sekarang pon pakai lagi (tak pakai full set da..girdle jek)..tapi ntah la tak tau la berkesan ke tak ke..sbb saya asalnye pon takde beso ke kendur ke pe ke..jadi takde la edisi sebelum dan selepas..huu..

    skang ni pon pakai bile nak keluar jek..kaver sket perut yg still tak barape comel lepas pregnant aritu..hohoho..kalau kat rumah time rajin pakai yg ala2 getah yg orang pakai wat exercise tu..

    part bisnes dier nie ntah la..sy dapat beautiful ni pon dari mak saya..dlu dier buat meniaga beautiful ni..jalan bagus gak..tapi pastu dier stop..tak tau la kenapa…masa tu bio aura ni tak wujud lagi…

    tapi imho kalau MLM ni kena commited and rajin kejar customer..kalau duduk jek cam tukun mmg bisnes pon jadik tukun..rata2 yg saya tgk orang2 yg berjaya wat MLM ni mmg jenis yang rajin keluar ke sana ke sini pegi promote..bukan kerja senang laa..huu..tapi once kita dah on the top mmg masyuk la..orang bawah pulak yang terkejar2..kita kutip jek..hehe…just my 2cent..:D

  2. Niijiusan says:

    owh.. umm, cam xkonfiden je nak buat. huhu…

Leave a Reply