Posts | Comments | Email

Gabungan Teknik Clickbank & Blog Adsense

Aku rasa dah lama aku tak update blog ni. Sekarang ni company aku keje begitu giat skali menjalankan projek promosi dimana aku pon tak ada masa untuk diri sendiri. Facebook dan Friendster tak bukak lama, balik keje terus tengok tv tido. Ok, lupakan kisah tak best tersebut. Cerita harini, Aku baru je belajar satu teknik menggunakan blog untuk promosi adsense dan produk clickbank. sebelum ni aku dah start tapi tak menjadi. Setelah buat sedikit postmoterm pada kerja-kerja aku sebelum ni, aku mengenal pasti beberapa kesilapan. Jadi, bermula harini aku nak mula balik. Dan aku akan cuba sentiasa update aktiviti aku di blog ni. :)

Teknik ni merupakan teknik percuma, memang betul-betul tidak keluar modal selain dari bil internet. Tapi, harus diingatkan, teknik percuma mengambil masa sedikit berbanding teknik berbayar untuk korang mendapatkan hasil.

Apa yang aku buat ialah meletakkan iklan adsense dan clickbank mengikut susunan tertentu, diselitkan beberapa setting pada blog dan beberapa widget lain. Untuk harini, aku cuma akan ceritakan secara kasar. Next entry aku letak gambar ye. Dengan 1 blog, mustahil untuk anda menjana pendapatan. jadi aku akan setup lebih kurang @ sekurang-kurangnya 9 blog. Kalau dulu aku tak tau apa nak tulis, skang aku dah tak peduli risau sangat sebab pakcik google betul-betul membantu!

Harapan aku, kerja aku kali ni betul-betul membuahkan hasil. aku akan buat percubaan selama 3 bulan untuk tengok hasilnya.

Sebelum aku menamatkan entry kali ni, aku nak ingatkan salah satu perkara penting yang perlu ada dalam diri seseorang, tak kira sama ada korang seorang Internet Marketer atau pun bukan. MOTIVASI! Nampak simple tapi ianya merupakan faktor penting dalam kejayaan seseorang.

Share this Post[?]
        

Leave a Reply