Setem by Kabir Bhatia

Akhirnya semalam aku pegi jugak tengok Setem. Kalau member-member aku dengar nih, confirm jadi isu hangat sebab aku ni memang TAK AKAN TENGOK FILEM MELAYU di pawagam!!! Bagi aku bazir duit je. Tapi, untuk filem Kabir Bhatia, aku berikan pengecualian sebab filem dia ni lain dari yang lain. Mula dengan Cinta, Sepi, memang memuaskan hati. Dan latest skali, SETEM, pon puas hati gak.
Apa yang aku boleh cakap kat sini, filem Setem masih lagi ngan style yang sama dengan Cinta dan Sepi, dimana Kabir akan buat banyak group yang akan berkaitan antara satu sama lain. Dari segi sudut kamera tak payah komen, memang mantap. Cerita kali ni memang padat dengan aksi dan juga gelak ketawa. Tetapi… Ya, ada juga perkataan TETAPI! Dalam trailer dia dah banyak spoil part yang best, jadi bila tengok filem ni, part yang sepatutnya suprisekan aku ngan lawak, dah jadi kurang menyengat.. Pape pon, masih lagi aku bagi rating 3.5/5.. Effect CGI filem ni menarik, dan dibuat dengan agak baik.
Part-part menarik, tak payah cerita la, korang tengok je preview kat youtube. Setem mengisahkan tentang satu geng anak yatim merancang untuk merompak setem bernilai USD4 juta untuk mendapatkan duit membeli rumah anak yatim yang nak kena jual. Geng tosai pulak di anggotai oleh 2 mamat india, sorang baru kluar penjara dan sorang lagi security guard yang nk hantar setem tu (orang dalam).. Pada ketika geng anak yatim berbincang, salah seorang geng piranha terdengar dan report kat bos diorang. maka terjadi la rompakan setem antara 3 kumpulan. Tapi, ketika rompakan, sorang pendatang haram plak mengakibatkan kemalangan terjadi dan setem tu terbang dan melekat kat muka mamat indon tu. Selepas itu, setem tu terlepas lagi dan kali ni jatuh ke tangan sorang buta (Que Haidar) secara tak sengaja, lalu terbawak balik rumah. secara tak langsung, dia dan kakaknya terlibat sama dalam konflik ni. Menambahkan lagi ceria jalan cerita, geng mat rempit turut menyerikan filem ini. walaupun hanya muncul dalam 3 babak, namun mereka masih menjadi watak penting.
So, korang yang masih teragak2 tu, bley la pegi tengok ye… aku jamin puas hati~!
Share this Post[?]Comments (1)












Da tgk pown,, x rugi tgk citer nih.. tgk skli rse nk lg..
time adegan lawak 2 mmg ktwe jer la.. tp xde ag la kt youtube.. bpe ari da check.. hmmm